Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 23-Jan-2007 23:23
Jom ... makan..
Kadang2 memang masa tak menyebelahi kiter. Kiter tercari-cari masa hanya untuk melaksanakan tugasan yang kiter buat seharian. Namun walau bagaimana sibuk dan kurang masa... makan tetap makan. Jadi sepanjang minggu lalu, berikut aderlah antara masakan yang sempat disediakan. Mungkin ader kelainan bagi sebahgian orang.. almaklum lah.. lain 'household' .. lain kebiasaannyer.
Nama sahja orang melayu, satu rumpun.. tapi masakan.. biarpun satu sebutan... tapi disediakan berbagai cara. Menarik.. bagi saya.. sebab kiter suka belajar dan ambil tau.. Tiap kelainan bakal memberi ilmu tanpa kiter sedari.


Nak resepi nyer ker? Takder hari ini.. kiter jamu mata sahja lah.. :->




Hahh.. udang geragau basah ni memang susah nak jumpa kat sini. Kalau tak ke pasar Geylang.. hai pakai nampak mengidam terus lah. Jadi bila terserempak udang geragau basah dipasar Gombak.. (errr..bukan Gombak di Selangor tu tau.. Ini Gombak di Bt Batok, S'pura) , terus cepat2 kiter beli. Yer lah.. takut kalau2 tak dapat tido malam pulak, terkenang2 jadinyer. Sedap di hidang ngan nasi putih dan lauk2 yang sewaktu dengannya.. :-D

Udang Geragau goreng tepung ni sama macam cucur jugak. Kak rossya tak punya resepi yang khusus. Jadi bagi sesiapa yang ingin mencuba.. boleh ikut sukatan sendiri dan citarasa. Cara kak Rossya ~ Udang geragau yang telah dibersihkan (anggaran 300g) digaulkan dengan tepung beras. Tak banyak.. hanya lebih kurang satu sudu makan atau lebih sedikit. Pecahkan satu biji telur dan bubuh perasa yang diinginkan. Gaul rata. Adunan tidak lah cair sangat ataupun pekat macam cucur. Letak sedikit air asal ia boleh digumpal dengan sudu untuk disenduk dikuali nanti. Rempahkan adunan ini dengan sedikit serbuk ketumbar dan jintan manis. Goreng garing.




Ini lah resepi satay yang kiter buat kelmarin. Lidi satay hendaklah di rendam dalam air sebentar dan di lap kering. Ini untuk mengelakkan dari lidi itu cepat hangus dan putus tatkala kiter membakar satay ini menggunakan oven. Resepi ini pertama kali dicuba setelah melihat gambar nya yang menarik sekali dari sebuah buku masakan tempatan. Verdict untuk resepi ini..famili kak rossya beri reaksi yang memuaskan. 50 cucuk - satay kita makan habis waktu tengahari. Kira ..sedap lah tu.. Terima kasih juga pada yang empunya resepi... .


ANIKA SATAY

Bahan A ~
1 kg daging kambing/ peha ayam/ lembu
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
sejari halia
sejari kunyit hidup
2 batang serai
4 biji bawang putih
~ bahan rempah diatas di kisar halus
250g gula pasir
garam secukup rasa
Lidi sate

Bahan B ~
1 biji buah keras, ditumbuk
1 sudu teh gula pasir
1 sudu makan air
1 sudu makan minyak makan
(bahan B ini di bancuh bersama)

Bahana C ~ Kuah Sate
600g kacang tanah digoreng dengan sedikit minyak
30batang lada kering
3 biji bawang besar
6 biji bawang putih
8 biji buah keras
sejari kunyit hidup
40g belacan
(semua bahan diatas di kisar halus)
60g asam jawa
240g gula halus
2 batang serai dititik
sejari lengkuas dititik
minyak untuk menumis

Cara untuk bahan A ~
Daging dicuci bersih dan ditoskan. Hiris daging mengikut citarasa masing2. Tetapi setelah dihiris jangan dicuci lagi. Gaul hirisan daging ini dengan rempah kisar, gula dan garam sehingga rata. Perap selama 2 hingga 3 jam supaya rempahnya meresap. Barulah dicucuk dengan lidi. Bakar diatas tempat pembakar sate dengan menggunakan api arang. (I grilled the satay in the oven) Renjis dengan bahan 'B' dan bakarlah sehingga garing dan masak. Hidangkan dengan kuah sate, ketupat, hirisan timun dan bawang.

Cara untuk Bhaan C _ Kuah Sate
Kacang tanah dikisar jangan terlalu halus. Asam jawa diramas dengan 6 cawan air dan ditapis. Panaskan minyak. Tumis rempah kisar sehingga garing dan enak baunya. Masukkan serai dan lengkuas titik. Tuangkan air asam . Kacau rata. Masukkan pula gula pasir dan garam. Akhir sekali masukkan kacang tanah dan masaklah sehingga mendidih dengan api yang sederhana. Kuah sate ini perlu dikacau selalu supaya dasarnya tidak hangus. Masaklah sehingga kepekatan yang diinginkan. Kuah sate enak dimakan setelah disimpan semalaman.












Yang ini ...ikan pais.. Kiter nyer 'staple' food. Sebulan entah berapa kali buat.. Tak jelak2 pulak tu. Dulu, waktu Lisya masih kecil, dia panggil lauk ni 'ikan busuk'. Ish.. tak lah busuk.. pandai ajer budak tu buat citer. Sekarang, Lisya dah pandai makan, boleh tambah nasi TIGA pinggan! Senang ajer buatnya, cili kering celur dikisar ngan secukup bawang dan sedikit belacan. Kemudian gaul kan dengan isi asam jawa (buang bijinya) Bubuh garam dan gula. Salut ikan dengan sambal cili ini dan bungkus dalam daun pisang, semat dengan lidi..kemudian dipanggang hingga masak. Jangan lah sampai hangit pulak.. nanti makan banyak 'carbon' boleh mengganggu kesihatan jadinyer..Ikan pais ini sedap kalau menggunakan ikan jenis yang kecil antaranya ikan bilis basah dan telur ikan.. Sedap.



© Pidgin Technologies Ltd. 2016